28 February 2013

Review product : Obuse Liptint & Kaka Liptint


Hye semua, now Nyza nak perkenalkan product yang Nyza guna . I mean produk kecantikan . Just nak share dgn korang . Yelah , sama-sama nak cantik . *matilarrr perasannn . Haha .  Taknak jd org kedekut ilmu pengetahuan. Okay ,Nyza share gambar kat bawah ni ye uols..renung-2 kan .

So ,pada sape-2 yang nak bibir ala-2 artis korea , cantik dan comelss gittu , boleh lah try liptint dari 2 produk nih . Perbezaan nya ? Cuma dari segi bau dan rasa jela. Obuse nih cm pahit2 and bau die ala lipgloss biasa, tapi tahan lama uolss bile pakai. Tak yah touch up banyak kali taw. Kaka lakk,terbaikk uols. bau die best sangattttttt *hentakk2 kaki

Dan paling best sekali , ianya very very MENJIMATKAN . Saving sangat taw. .Seriously rugi uols tak cube menda alah ni . Nyza dah cuba, anda bila lagi ?? *excited sampai nak pitammmmm

15 sebab mengapa anda harus membuang lipstick anda dan menggantikan dengan Lip Tint! !!

1. Mudah Disapu- hanya sapu menggunakan tangan atau span khas !!
2. Tidak Melekit- kerana ia water based!!
3. Soft Look- nampak lembut dan sebati kerana ia cepat meresap ke kulit.
4. Terasa Ringan- struktur yang ringan membuatkan anda selesa melakukan apa jua aktiviti.
5. Hanya Sapu Sedikit Saja- warna yang pekat sudah cukup dipakai sedikit saja. bukankah ini jimat?
6. Express (10saat)- hanya 10 saat saja kerana letak beberapa dot dan sapu saje
7. Pink Semulajadi- nampak seolah olah memang berseri dari dalam!
8. Water Based- yea. ssangat selesa memakainya
9. Warna Pink Yang Segar- tiada lagi kepucatan!!
10. Mudah Dibawa- ye senang dibawa ke dalam poket dan juga bag!
11. Tahan Lama- tahan sehingga 7 jam jika tanpa makan makanan yang heavy!
12. Kelihatan Anggun- sangat mempesona hasilnya!!
13. Harga Berpatutan- ye.. harga yang affordable!!
14. Cute Packaging- tiada lagi produk bibir yang secomel ini!!
15. Bibir Persis Pelakon KOREA!!!! - ye. nampak merah gebu 

TESTIMONI ? Mahu ? nih picture Nyza tengah guna obuse liptint code number 2 . ala-ala purple gittew. * wat muke duckface 
Ianya tahan selama 6 jam !! Omaigaddd ... Beshh takk ? beshhh kann ? hiks .


seeee uols ? ala korea gittew kann kann * matilaarrr perasann lagikk 
ape korang tunggu lagi tu ? tak tau nak order kat mana? boleh je carik kat fb ,bersepah2 org jual . Nyza beli kat damiasbeauty . Korang nak order,sila order dekat Put ye ;) nanti ade lg yg best2 ,Nyza update taw uols. selamat mencuba <3 

With love ,
Nyza Daud .

22 February 2013

Mak ayah, saya nak kahwin


Terimalah Mak Ayah, Saya Nak Kahwin
Mak ayah, saya nak kahwin.. janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.
Mak ayah, saya nak kahwin. janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.
Mak ayah saya nak kahwin.jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.
Mak ayah, saya nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.
Mak ayah, saya nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.
Mak ayah, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.
Mak ayah, saya nak kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.
Mak ayah, saya nak kahwin.. percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.
Mak ayah, saya nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.
Mak ayah, saya nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.
Mak ayah, saya nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.
Mak ayah, saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.
Mak ayah, saya nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.
Mak ayah, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.
Mak ayah, saya nak kahwin. tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan ayah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan ayah ini, amin.

10 February 2013

Wanita-wanita yang haram dikahwini


1. Perempuan-perempuan yang haram dikahwini itu terbahagi kepada dua bahagian:
i. Haram buat selamanya.
ii. Haram buat sementara waktu.
2. Sebab-sebab haram dikahwini:
i. Haram dengan sebab keturunan.
ii. Haram dengan sebab susuan.
iii. Haram dengan sebab persemendaan. ( Musyaharah )
3. Haram dengan sebab keturunan:
i. Ibu dan nenek hingga ke atas.
ii. Anak dan cucu hingga kebawah.
iii. Adik-beradik perempuan seibu-sebapa atau sebapa atau seibu sahaja.
iv. Ibu saudara sebelah bapa ( adik beradik perempuan sebelah bapa ) hingga ke atas.
v. Ibu saudara sebelah ibu ( adik-beradik perempuan sebelah ibu ) hingga ke atas.
vi. Anak saudara dari adik-beradik lelaki hingga kebawah.
vii. Anak saudara dari adik-beradik perempuan hingga ke bawah. - Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak saudara, emak saudara sebelah bapa , emak saudara sebelah ibu , anak saudara dari saudara lelaki dan anak saudara dari saudara perempuan kamu ".
 ( Surah An-Nisaa' - Ayat 22 )
4. Haram dengan sebab susuan :
i. Ibu yang menyusukan.
ii. Saudara perempuan sesusuan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

"Diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara- sudara kamu sepersusuan". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 23 )
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan ". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Perempuan-perempuan yang haram dengan sebab susuan adalah sama dengan orang-orang yang haram dengan sebab keturunan.