31 January 2012

Mudahnya Wanita Mendapat Pahala dan Syurga


Dalam sesebuah rumah tangga, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita iaitu sebagai isteri dan ibu. Seorang isteri sentiasa mendampingi suaminya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Ibu pula terbabit secara langsung dalam memberi pendidikan kepada anak-anak serta menjaga hal ehwal rumah tangga dengan bantuan suami. Firman Allah:
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 58)


 Islam membenarkan wanita keluar bekerja berdasarkan kepada keperluan seperti ketika ketiadaan suami, ketidakupayaan suami atau bekerja dalam jawatan yang memerlukan khidmat wanita seperti doktor, tenaga pengajar kepada kaum wanita serta bidang lain yang bersesuaian. Bagaimanapun menurut Islam, keharusan wanita untuk keluar bekerja mestilah mengikut batas syarak iaitu:
  • Kerja itu mesti bersesuaian dengan sifat kewanitaan.
  • Kerja itu tidak menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu
  • Bertujuan murni sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain
  • Sentiasa memelihara kehendak syarak seperti menutup aurat.
  • Sentiasa menjaga tata susila dan terhindar daripada berlakunya pergaulan bebas dengan lelaki.
  • Mendapat restu daripada penjaga, bapa atau suami.
  • Mengelak daripada melakukan perkara yang boleh membawa fitnah sama ada dari segi tindakan, cara berpakaian atau mengenakan perhiasan.
Apa yang pasti dengan keluarnya wanita bekerja tidak akan mengubah atau mengabaikan tanggungjawabnya utama sebagai serikandi dan bidadari dalam rumah tangga.

Bagi wanita yang bekerjaya walaupun penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak.
1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.
2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.
5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.
7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.
8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.
9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.
11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.
13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.
14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.
15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.
16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.
17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.
18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.
19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.
21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).
24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.
25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

Begitu sekali nilainya wanita dimata Allah . Betapa besarnya ganjaran yg kita akan dapat di akhirat kelak .Alhamdulillah ,Nyza bersyukur dilahirkan sebagai seorang wanita . Same-same lahh kite semua emngarah kearah kebaikan :)
Assalammualaikum .


10 January 2012

AWAS ! TAKTIK BARU PEROGOL !

Hi blogger,
rindu Nyza takk ? miahaha .
Tak yah nak rindu2 sgt okay 

Niew ha ,Nyza nak share taktik baru perogol 
Korang bae senyap dahh laa. if boleh ,sebarkan ohkay .
Hope lepas nih korang berhati2 lahh yek . xD




Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.

Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.
Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.


Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.
Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.
Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.
Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang
anda percayai.
 

itu saje. sekian terima kasih ,

Nota ND~  kene bawak penyembur lada nih , miahaha <3

03 January 2012

Haiwan juga punya hati dan perasaan .


Hii korang semua , 
Harini Nyza ingt maybe akan ada 3 entry yg Nyza nak update.
Rajin sgt kann ? -..-
Nih entry pertama Nyza utk harini .
iaitu , 3JAN2012 . 3ptg ..


Tentang pahalanya kita membela kucing .
Korang tau takk , kite berbuat baik dgn kucing ,kucing2 nih akan mendoakan kita balik ?
Maybe sebab tuu lahh kann hidup family Nyza , alhamdulillah tak pernah rasa susah lagi :)
okay2, Nyza ada bela 17 ekor kucing , :)
Dari kecik lg Nyza mmg suke buat ibu mngamuk bile dok angkut kucing mne tahh Nyza jmpe bawak balik .Kesiann ibu . Hehe 
Tapi bile nak amik uhh ,Nyza je yg boleh . Adik ta berani. Die kate kalau Nyza yg kutip bwk balik ibu tak berani ckp ape2. Kalau adik yg bawak ,kene hntar balik kucing tuu ke tmpt asalnya . 
Semuanya comel2 , ada jugak yg jenis jaga body , ramping gituu :p
Hehe . Besar pahalanya memelihara haiwan2 nih , lagi2 yg terbiar dan sakit2 tuu .
Tau takk kdg2 gelagat2 kucing nih boleh buat kite tersenyum . Kucing mmpu mmbuatkan kite tenang dgn muke mereka yg comel2 gituu . grr #geram#
Nyza still tak paham kenapa masih ada mnusia yg perangai mcm binatang yg sggup sakiti haiwan2 comel ni? 
Haiwan tu jugak ada nyawa, ada perasaann . #cubeanakkauorgbuatgitu?#
Kdg2 time Nyza sedih,dok nanges2, kucing ade je tlg jilat air mata Nyza. HAHA . 
kucing pun syg tuan die kann? Tulahh sbbnye Nyza sgt sukakan kucing .
Nyza pernah jumpe satu pakcik yg duduk dekat dgn rumah Nyza. Sesedap rasa die langgar kucing Nyza. Alasan die ta smpat brake . Ayahh die agknye ajr bg alasan gitu. Bwk pelan2 pun die dok lggar kucing Nyza. Koba yolahh maleh nak tokan brake tuu. 
Nyza pun ape lagi , mnjerit lahh . Dah tak pikir adab sopan dahh . "Weyhh sial,benti kau babi!

Org tua tuu boleh lagi tye Nyza , ehh pkcik lggar ke ? A'ah pkcik,mehh aku lggar kau , then tye kat kau balik nak? Muke pakcik tuu mintak kaki je . haihh 
Tu lahh kecik2 tana mati , dh tua susahkan org =.= #biadap kann?#
Naseb kucing Nyza baik, even dh kene lggar kat tulang belakang pun still hidup , Nyza urut2 pkai minyak gamat , after sebulan baru sembuh .. sian kann? Tp tuu citer 3 tahun lepas lahh . Hehe
Kucing tuu ? Hidup lagi . tgahari td beliau baru je melahirkan 5 ekor ank yg comel2 . :) Syukur alhamdulillah . Dapat cucu2 lg Nyza . Ngeh3 . 
Ni ade kisah utk korang bace and renung2kan dan lepas tu beramal lahhh . Ape lagi :p

Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.

Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Take semestinya kucing ,haiwan lain pun layak disayangi :)



Okay ,itu saja Nyza nk kongsi . Kang Nyza update lg tau tau :) Pasal apa yg Nyza buat pagi td. Hehe.

Taking a good care yek. iloveyouall . mmuaah ! :*  Daaa


Nota ND~ Haiwan ke binatang ke semuanya sama. Masih ciptaan yg Maha Kuasa:)

02 January 2012

Fakta Tentang Perempuan


  • *Perempuan sangat suka tengOk cermin sebelum dan selepas mandi.

*Perempuan akan berhenti membelek muka atau tudungnya di mana2 cermin yg dia nampak even di shopping mall yg disekelilingnya ramai org. Lagi2 cermin yg besar hingga boleh nampak full image dia .

  • *Even seOrang perempuan tu sayangkan seseOrang,percayalah dia takkan mudah percaya lelaki tu. Tapi bila dia dah percaya, jiwa raga semua dia sanggup bagi.

  • *Sekali perempuan terluka,dia takkan percayakan lelaki tu lagi.

  • *Bila seOrang perempuan tu menjauh dari kekasihnya,dia sangat berharap agar kekasihnya datang memujuk.

  • *Perempuan yang suka pakai make-up tebal majOrity nya sangat malas basuh baju *yeke?. Hahaha.

  • *Perempuan perasan lelaki nak usha bila pandang pandang dia, sedangkan lelaki tu hanya pandang kejadian TUHAN yang sememangnya indah bagi lelaki!

  • *Perempuan selalu berharap agar dapat ulang balik masa masa yang telah berlalu.

  • *Perempuan selalu sembunyikan perasaan sebenar sebab tak tau macam mana nak luahkan. 

*Apabila seorang perempuan itu berkata 'tiada ape2 lah' , itu bermakna dia mnyembunyikan sesuatu .

*Perempuan mudah menangis , tp dia akan menangis sampai tersedu2 untuk org yg betul2 dia cintai .

*Perempuan yg tidak berasa cemburu , adalah perempuan yg tidak syg pasangannya .

*Jika perempuan mengeluh , itu bermakna dia penat bukan nya dia meluat :)

*Perempuan sgt suka lelaki yg boleh paham bahasa tubuh :)

*Perempuan tidak akan lupa cinta pertamanya . 

*Jika perempuan banyak bercakap di pertemuan , itu bermakna dia selesa .

*Kebanyakkan perempuan sgt suka bergambar :D
Itu jelahh utk harini . mengantokk .. T_T 

Assalammualaikum <3