26 September 2014

Hari Yang Mencabar

Semalam gaji .. and pagi2 aku dah kene bangun kerana urusan kerja luar .. Disebabkan aku dan ketua pengurus perlu pergi ke 12 Mini RTC ni seluruh negeri smbilan untuk audit aset .dalam 1 bulan ni kalau boleh kene setelkan secepat mungkin memandangkan aku akan follow Konvoi Kembara Bahasa tahun nie. 
Nak dijadikan cerita 8a.m tu aku gerak dari rumah untuk ke Tampin ambil ketua pengurus dari Rembau sebab kami akan audit aset MINI RTC JEMPOL . 

5km keluar dari rumah nampak anjing dah mati kene langgar tengah2 jalan . On the spot brentikan kereta ke tepi . Nasib aku agak baik sebab glove mmg standby dalam kereta . Pakai glove due2 belah tangan and slow2 bergerak ke tengah jalan..untung masa tu kereta xbanyak lalu...nampk kecik..tp agak berat juga ..kesiann nye sbb dh mati :( R.I.P sayang ..then selesai alihkan ..aku teruskan perjalanan ..sempat aku perasan mata2 org2 yg memandang masa aku alihkn tu .lantak la korg nk ckp ape..-.-

8 ke 10 km dari tempat anjing tu..ngam2 kat selekoh tajam boleh pulak seekor monyet melintas  dan paling bodoh sbb aku panik and xelak ..dari sight mirror aku dpt tengok monyet tu terbaring xbgerak..terus keluar g tgk..risau juga kot monyet tu bangun cakar muka aku..tengok2 nafas ade lg..jantung berdenyut lg ..terus dukung bawak masuk kete ..Bau die xyah ckp la..monyet tu injured kat kepala..:(

keadaan monyet yg sedar xsedar sgt

then aku terus bawak ke Tampin sbb aku dah call kawan aku si fawzee yg keje veterinar tu die xde..kursus katanya..so nak patah balik pon xguna..buang masa nanti sbb tgk mcm dh nazak .. 
Lepas 20 mnit tu aku tengok monyet tu cube bangun tp jatuh.. serupa org mabuk pon ade ..-.-
aku sendiri cuak,,terus berenti tepi jalan ngam2 kat kedai jual kepok dan batu nisan ..mintak tlg org kt situ ..

abg kedai : kenapa ni cik ?

aku : abg tolong sy blh x..sy terlanggar monyet td,,nk bawak g clinic ni..tp die bangun dah,,takut die terkam sy..*,muke nak nanges|*

die pon amik sangkar masukkan monyet tu dalam sangkar ..selesai ucap terima kasih ..aku teruskan perjalanan .dalam perjalanan tu mnjg tgk cermin belakang je isau monyet tu mati kan .

abg kedai : nnti letak je sgkar tu kt luar..monyet tu nnti sy lepaskn kt blkg umah
Sampai je Tampin..terus g vet ..ade penternak dtg clinic tu siap perli2 lagi ..

" hebat betul perempuan tangkap monyet''

aku jelingkan aje ..sabar jela..doc sembur antiseptik and ubat luka..masa tu monyet tu dh bukak mata and tgh duduk menung ..pastu doctor suruh bawak balik ..

doc : okey..ubat khas utk monyet kami xde ..so awk balik jela dulu..tgk keadaan die mcm mana ..sbb sy nk keluar ni g rawat lembu peladang .

aku : laaa..xleh tinggalkn kt sini kejap ke ? sy nk ke Bahau ni ade kerja ..nk cepat ..

doc : tak boleh..kami xsmpan haiwan liar ..

aku amik ketua pngurus kt stesen bas ,terus pusing balik kt kedai batu nisan tu ..
punye jauh pusing..bayangkan..patutnye dari Tampin dekat dh nk ke Bahau ..ptutnye jam 11am aku dh kne smpai Bahau .nasib baik ade ketua yg memahami :')
Sampai kedai abg tu..aku letakkan monyet tu kt situ..then tinggalkn no fone if ade ape2 abg tu perlukn.sempat lagi aku suapkan die air susu kotak dutch lady ..die sedut 2x pastu menung balik .

aku cakap kt die .. '' petang nanti akak balik kerja akk singgah ye adik ''

dalam perjalanan ke bahau tu pon ade anak kucing umur 2 bulan mati dah..nasib baik jasd ok lagi..xdpt nk tananm..aku alihkn ketepi je ..
Then smpai bahau kul 12.30 ..selesai kerja g Air Hitam plak ..kul 4 bgerak ke Tampin anta ketua balik ..then call abg tu..die cakap xberani lepaskn sbb kera2 tu mybe akn cedera kan monyet tu sbb berebutkn kawasan..aku pegi kedai abg tu amik monyet tu ..


sampai2 je monyet tu dh melompat2 mnjerit2 dalam sgkar..menyerigai nampak aku -.-
aku tengok die dh jamah roti yg aku beli..sejuk ati tgk..aku hulur pisang..laju je die mkn..
aku dh belikan pelekat luka and minyak gamat nk letak kt kepala die..mmg tak laa nk sedekah tgn aku utk digigit.. masa otw anta die kt tmpt aku langgar die tu.. die menung ke arah tingkap je .maybe terkenang kan mak ayah die kot kt hutan tu..rindu kot..kot aku pon dh melalak mse tu ..

then smpai je kt tmpt aku langgar die tu..aku buka sgkar je..terus deh kuar lari masuk hutan..xpndg belakang ucp selamat tinggal pon..so lega lah aku..xde la kt akhirat nnti dipersoalkn kenapa biarkn monyet tu sakit xdirawat :') harap xjumpa lgi ye..paling kelakar sbb aku g vet tu xbwk 1sen pon sbb masa tu tak smpt kuar duit gaji..nasib bek doc xmintak bayaran ..:) cume rasa beruntung dalam 1 hari tu dh dpt alihkn 2 ekor binatang..selamatkn 1 nyawa and kerja dh selesai ..
adios muchachos muah muah -.-v

18 January 2014

Ciri2 isteri solehah dan suami yang soleh


CIRI-CIRI ISTERI SOLEHAH DAN SUAMI SOLEHAH

Ciri-ciri Isteri Solehah :

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelar solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah Subhanahuwata’ala

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat saja iaitu:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Berikut ini antara lain perincian dari dua syarat di atas:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada bersamanya mahrom
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fisik & kecantikannya serta rumah tangga


Ciri - Ciri Suami Soleh :

1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta meninggalkan larangan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya
2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan ajaran dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama tetangga atau sebagainya.
5. Suami yang dapat memberikan perhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesehatannya.
6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna sesuai kemampuannya
7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merusak keutuhan rumah tangga mereka.
9. Sentiasa memberikan kasih sayang, dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
10. Suami yang sentiasa menjaga rahasia isterinya dan tidak diberitahukan kepada orang lain.
11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan perhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
14. Suami yang bijak memahami perasaan dan hati isteri dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
16. Suami yang menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

Antara wanita solehah dan bidadari syurga



Daripada Ummu Salamah, katanya: “Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Jawabnya Baginda SAW: “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda SAW menjawab: “Dengan solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning…” – Riwayat At-Thabrani.

Sungguh mulia dan sempurna seorang perempuan solehah itu, tarafnya di sisi Allah SWT lebih tinggi daripada bidadari, malahan bidadari hanyalah ibarat gundik-gundik yang mengiringi setiap pergerakannya.

Seringkali orang bertanya, kenapa perlu adanya bidadari di syurga, sedangkan perempuan solehah itu sudah cukup mempesona, sudah cukup sempurna?

Sebenarnya, bidadari-bidadari syurga hanyalah memainkan peranan sebagai penyerlah kecantikan perempuan solehah tersebut. Bayangkan sebuah bintang yang bersinar paling gemerlap di langit, mana mungkin terserlah kecantikannya tanpa bintang-bintang lain yang kurang bersinar di sekeliling. Mana mungkin terserlah kecantikannya jikalau hanya bintang tersebut satu-satunya yang ada di langit. Samalah juga dalam hal ini, perempuan solehah di syurga akan terserlah kecantikannya dengan hadirnya bidadari-bidadari di sekelilingnya.

BAGAIMANAKAH YANG DIKATAKAN PEREMPUAN SOLEHAH?



Seorang gadis kecil berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku, aku ingin sekali menjadi perempuan solehah. Bagaimanakah perihal perempuan solehah itu?”

Si ayah pun menjawab: “Wahai anakku, seorang perempuan solehah itu bukan dilihat daripada kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanya memainkan satu peranan yang teramat kecil. Akan tetapi, perempuan solehah dilihat daripada kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi di dalam dada. Itulah perempuan yang terbaik.”

Sambung si ayah lagi: “Anakku, seorang perempuan solehah bukan dilihat daripada bentuk tubuh badannya yang mempesona, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menutup bentuk tubuhnya yang mempesona itu. Perempuan solehah bukanlah dilihat daripada sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi daripada keikhlasan hatinya ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Perempuan solehah bukan dilihat daripada seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat daripada apa yang sering mulutnya bicara. Perempuan solehah bukan dilihat daripada keahliannya berbahasa, tetapi daripada bagaimana ia bicara dan hujah kebenaran di sebaliknya.”

“Lalu apa lagi ayah?” Sahut puteri kecil itu, dengan perasaan ingin tahu yang tidak berbelah bagi.

“Ketahuilah puteriku, perempuan solehah itu bukan dilihat daripada keberaniannya memakai pakaian yang grand, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Perempuan solehah bukan dilihat daripada kekhuatirannya digoda orang di tepi jalanan, tetapi dilihat daripada kekhuatirannya bahawa dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Perempuan solehah bukan dilihat daripada seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia hadapi, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TuhanNya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan.”

Si puteri kecil mengangguk-angguk tanpa faham.

“Dan ingatlah wahai puteriku,” sambung si ayah lagi. “Perempuan solehah bukan dilihat daripada sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.”

Si anak terus bertanya, “Wahai ayahku, siapakah yang memiliki sifat-sifat tersebut? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampukah dan layakkah saya untuk berada di syurga nanti?”

Si ayah mengangguk-angguk sambil menggosok-gosok kepala puterinya. “Ya, anakku. Sesiapa sahaja boleh memilikinya. Nabi Muhammad SAW, rasul junjungan telah bersabda bahawa apabila seorang perempuan itu menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya (riwayat Al-Bazzar).”

NILAI SEORANG PEREMPUAN SOLEHAH

Apakah nilai seorang perempuan solehah? Berapakah harganya di sisi Allah SWT? Jawab Al-Khawarizmi, pakar Matematik Islam:

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang ’1′ tiada…
Maka, tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok ‘0’.

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa nilai perempuan solehah itu terlampau berharga, sehinggakan kecantikan, kekayaan dan keturunannya tidak akan dilihat sama sekali tanpa keimanan dan kepatuhan kepada Allah SWT.

Wahai perempuan solehah, ketahuilah bahawa,

  • Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
  • Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
  • Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
  • Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
  • Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
  • Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
  • Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
  • Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
  • Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
  • Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
  • Engkau memang cantik selagi kau taat suami,
  • Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
  • Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
  • Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,
  • Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
  • Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
  • Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,
  • Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
  • Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
  • Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam!
rening-renungkan dan selamat beramal..

yang benar ,
NyzaDaud :)
(bakal jenazah)