03 January 2012

Haiwan juga punya hati dan perasaan .


Hii korang semua , 
Harini Nyza ingt maybe akan ada 3 entry yg Nyza nak update.
Rajin sgt kann ? -..-
Nih entry pertama Nyza utk harini .
iaitu , 3JAN2012 . 3ptg ..


Tentang pahalanya kita membela kucing .
Korang tau takk , kite berbuat baik dgn kucing ,kucing2 nih akan mendoakan kita balik ?
Maybe sebab tuu lahh kann hidup family Nyza , alhamdulillah tak pernah rasa susah lagi :)
okay2, Nyza ada bela 17 ekor kucing , :)
Dari kecik lg Nyza mmg suke buat ibu mngamuk bile dok angkut kucing mne tahh Nyza jmpe bawak balik .Kesiann ibu . Hehe 
Tapi bile nak amik uhh ,Nyza je yg boleh . Adik ta berani. Die kate kalau Nyza yg kutip bwk balik ibu tak berani ckp ape2. Kalau adik yg bawak ,kene hntar balik kucing tuu ke tmpt asalnya . 
Semuanya comel2 , ada jugak yg jenis jaga body , ramping gituu :p
Hehe . Besar pahalanya memelihara haiwan2 nih , lagi2 yg terbiar dan sakit2 tuu .
Tau takk kdg2 gelagat2 kucing nih boleh buat kite tersenyum . Kucing mmpu mmbuatkan kite tenang dgn muke mereka yg comel2 gituu . grr #geram#
Nyza still tak paham kenapa masih ada mnusia yg perangai mcm binatang yg sggup sakiti haiwan2 comel ni? 
Haiwan tu jugak ada nyawa, ada perasaann . #cubeanakkauorgbuatgitu?#
Kdg2 time Nyza sedih,dok nanges2, kucing ade je tlg jilat air mata Nyza. HAHA . 
kucing pun syg tuan die kann? Tulahh sbbnye Nyza sgt sukakan kucing .
Nyza pernah jumpe satu pakcik yg duduk dekat dgn rumah Nyza. Sesedap rasa die langgar kucing Nyza. Alasan die ta smpat brake . Ayahh die agknye ajr bg alasan gitu. Bwk pelan2 pun die dok lggar kucing Nyza. Koba yolahh maleh nak tokan brake tuu. 
Nyza pun ape lagi , mnjerit lahh . Dah tak pikir adab sopan dahh . "Weyhh sial,benti kau babi!

Org tua tuu boleh lagi tye Nyza , ehh pkcik lggar ke ? A'ah pkcik,mehh aku lggar kau , then tye kat kau balik nak? Muke pakcik tuu mintak kaki je . haihh 
Tu lahh kecik2 tana mati , dh tua susahkan org =.= #biadap kann?#
Naseb kucing Nyza baik, even dh kene lggar kat tulang belakang pun still hidup , Nyza urut2 pkai minyak gamat , after sebulan baru sembuh .. sian kann? Tp tuu citer 3 tahun lepas lahh . Hehe
Kucing tuu ? Hidup lagi . tgahari td beliau baru je melahirkan 5 ekor ank yg comel2 . :) Syukur alhamdulillah . Dapat cucu2 lg Nyza . Ngeh3 . 
Ni ade kisah utk korang bace and renung2kan dan lepas tu beramal lahhh . Ape lagi :p

Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.

Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Take semestinya kucing ,haiwan lain pun layak disayangi :)



Okay ,itu saja Nyza nk kongsi . Kang Nyza update lg tau tau :) Pasal apa yg Nyza buat pagi td. Hehe.

Taking a good care yek. iloveyouall . mmuaah ! :*  Daaa


Nota ND~ Haiwan ke binatang ke semuanya sama. Masih ciptaan yg Maha Kuasa:)

No comments: